Qurban 1436H Arakan

Project summary

Project Title : Implementation of Qurban 1436H / 2015 Arakan Myanmar
Total villages & sub village : 52 inclusive Aung Mingalar camp in Sittwe township Base of Distribution : Dar Paing Village, inside Arakan IDP camp
District : Sittwe
Total Projects : 1 (Qurban Program)
Total Beneficiaries : Arakan’s Conflict Affectees
Total Contributions : 165 cows 3 goats
Total Project Cost : USD13200 (cow), USD300 (goats)
Project Expenses in Arakan : USD7000
Grand total : USD139300
Total Cluster : 9 clusters
Date of slaught : 25 September 2015 (Friday)
Total day of slaught : 2 tasyriq days (25-26 September 2015)
Funded by : Turkiye Diyanet Vakfi Foundation, Turkey
Coordinated by : Mohd Hasyim Bin Kassim (Arakan Partner)
Project leader by : Malaysian Consultative Council Islamic Organization (MAPIM) Project Co-ordinators : Mr. Johan Ariff Ismail (MAPIM) & Mr. Rozaidi Taib (MAPIM)

Nepal Earthquake

Project Summary

Gorkha Nepal dengan populasi seramai 271,000 penduduk adalah daerah yang paling terkesan akibat bencana gempa bumi yang melanda Nepal. Di daerah ini sahaja seramai 421 kematian dan 1034 kecederaan dilaporkan sehingga tanggal 6 Mei 2015. Hasil pemerhatian dan soal selidik bersama masyarakat setempat di bahagian selatan daerah Gorkha mendapati ada mangsa yang telah menerima bantuan makanan, tetapi daripada pemerhatian saya ianya tidak mencukupi berbanding jumlah mangsa dan populasi mangsa di kawasan tersebut. Ada sebahagian kampung di kawasan pergunungan (village development committee/VDC) berjaya disinggahi misi-misi kemanusiaan antarabangsa. Kebanyakan kampung di bahagian utara tidak mempunyai kemudahan jalanraya. Oleh itu sebuah HUB kemanusiaan dan ‘Command Centre’ telah diwujudkan di Gorkha bagi memudahkan sebarang misi kemanusiaan di situ.

Kelantan Flood 2014-2015

Project Summary

MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) menerusi pejabatnya di Kelantan iaitu BAITUL UMMAH Kelantan bersama beberapa NGO-NGO sayapnya iaitu PEKA, SALIMAH, IMIM dan JABIM telah digerakkan untuk turun ke lokasi terjejas banjir bermula pada 17hb Disember 2014. Kesan kemusnahan dasyat yang memusnahkan harta benda dan kediaman di beberapa jajahan di Kelantan telah menarik perhatian NGO-NGO antarabangsa terutamanya dari Thailand iaitu JABIM (Jaringan Badan Islam Masjid dan Komuniti Daerah Yala, Thailand untuk menggerakkan misi bantuan kemanusiaan ke Kelantan dengan kerjasama MAPIM, Kerajaan Negeri Kelantan, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan dan beberapa agensi persekutuan dan negeri. Lokasi awal yang diberi bantuan ialah di kawasan Rantau Panjang, Meranti, Kuala Krai dan di beberapa kampung terpencil dan pendalaman.

 

Wakaf & Infaq Telaga Tiub 2017

Project Summary

Projek Wakaf & Infaq telaga tiub di Myanmar dan Bangladesh adalah inisiatif dari pihak iReach MAPIM bertujuan untuk meringankan beban Etnik Rohingya di Myanmar dalam mencari sumber air bersih bagi menjalankan aktiviti seharian.

Dana yang disalurkan untuk projek ini akan digunakan untuk proses penggalian, pembinaan dan penyelenggaraan telaga tiub di kawasan yang ditetapkan.

1000 unit telaga tiub disasarkan dibina untuk mereka.

Mengapa Telaga Tiub?

Air adalah sumber utama untuk kehidupan dan air yang bersih adalah paling penting untuk kesihatan.

  • Untuk menyalurkan sumber air bersih untuk Etnik Rohingya untuk di minum & menyucikan diri.
  • Halangan dan sekatan dari pihak berkuasa Myanmar menyukarkan kehidupan Etnik Rohingya.
  • Air yang bersih dapat mencegah dari dijangkiti penyakit bawaan air terutama kepada kanak-kanak & warga tua.