TERKINI Gempa Lombok 7.0 SR

ikuti perkembangan terkini di facebook. Klik disini! 

Pengungsi GEMPA Lombok 7.0 SR……..Suhu sejuk serendah 12 darjah Celcius….dan dalam keadaan yang sukar di bawah khemah-khemah di Lombok timur lembah Rinjani lokasi di mana kami menghulurkan bantuan.

Gegaran susulan antara 3-5 SR selang 30 minit membuatkan mangsa gempa bahkan kami sendiri terpaksa bermalam dalam keadaan berjaga-jaga.

Bermula dari 6 petang hinggalah 10 pagi kelihatan setiap keluarga mangsa berkumpul memanaskan badan mengelilingi unggun api akibat cuaca yang teramat sejuk.

Gempa kali ini agak ganjil kerana, amat jarang gempa susulan yang berlaku mengatasi gempa yang pertama iaitu perbezaan 0.6 SR.

Pengalaman saya di lapangan semasa gempa NEPAL pada 2015 berskala 7.8 disusuli dengan gempa susulan 7.6 iaitu biasanya lebih rendah dari gempa yang pertama. (base on theory)

Situasi Vertigo (seolah olah darah rendah/pening dan mual) akan dirasai oleh mana-mana individu yang berdiri di atas lantai atau tanah semasa kejadian gempa. Lombok yang terkenal sebagai pulau 1000 masjid, semestinya turut terkesan dengan gegaran besar 7.0 SR.

Pulau LOMBOK dan Bali amat berisiko tinggi kerana ianya adalah berhampiran dengan lebuhraya laluan parit Api Asia Pasifik iaitu di utara dan selatan pulau Lombok. (Ring of Fire)

Walaupun Semenanjung Malaysia agak jauh dari Parit Api Asia Pasifik ini, namun kita harus berwaspada kerana kita berkongsi pelantar tektonik termasuk juga berada dalam lingkaran ‘Ring of Fire’ terutamanya di Sumatera yang berada di Plat Alpide. Sekiranya plat tersebut bergeser di lautan Andaman berskala 6-8 SR ke atas ini akan mengundang bencana yang buruk di sumatera, selatan thai dan utara Semenanjung Malaysia.

Misi Bantuan Fasa ke II ireach MAPIM akan bermula dari 9 Ogos hingga 13 Ogos akan mengfokuskan bantuan tangki air yang dapat menampung 1100 liter air yang dapat dimanfaatkan oleh 40 keluarga serentak, serta keperluan untuk ‘Vulnerable beneficiaries’ (penerima manfaat paling lemah) iaitu kanak-kanak, warga tua, ibu menyusu, mangsa kurang upaya.

Antara keperluan terdesak ialah :

1. Makanan siap dimasak bernutrisi
2. Khemah /kanvas perlindungan
3. Makanan dan susu Bayi
4. Pampers warga tua dan bayi
5. kayu api untuk memasak serta memanaskan badan
6. Bekalan air bersih

iReach MAPIM dengan kerjasama Sukarelawan PKPU indonesia akan bergabung untuk menyampaikan setiap sumbangan terutamanya di lokasi ‘Command Centre’ Lombok Timur berdekatan dengan Gunung Rinjani.

Sumbangan boleh terus dihulurkan ke akaun:
Misi Bantuan Gempa Lombok di
i Relief and Humanitarian Outreach (MAYBANK)
No Akaun : 553038585368
No Pegawai pejabat operasi di Malaysia:
Ustazah Amni :+609 742 2141

Lokasi operasi Misi bantuan Kemanusiaan iReach
GEMPA Lombok
iReach Humanitarian Aid Operation Centre
Sembalun Rinjani, Jalan Segara Anak, 83000
Lombok Timur.

#iReachMapim
#GempaLombok7.0
#misibantuangempalombok
#johanariffismail

Syrian War Report

The unrest in Syria, part of a wider wave of 2011 Arab Spring protests, grew out of discontent with the Assad government and escalated to an armed conflict after protests calling for his removal were violently suppressed.