Bantuan Banjir Selatan Thai

RM50.00

Category:

Description

Kawan kawan NGO di Selatan Thailand dan pertubuhan rangkaian Masjid masjid di Nakhon Selatan Thailand menghubungi saya untuk bantuan Misi Kemanusiaan di Nakhon sebentar tadi.

Pada banjir 2014 di Kelantan 40 pickup trak dari Selatan Thai membantu menghantar makanan dan keperluan terdesak terutamanya di Manek Urai, Dabong dan lokasi lain di Kelantan.

Inilah peluang kita untuk membantu mereka kembali ketika mereka dilanda musibah.

Saya merayu rakan2 FB untuk share dan turut membantu saudara mara kita di sana yang kini terkandas dan menderita akibat banjir besar yang sedang melanda.

Laporan situasi (SITREP) OCHA melaporkan 553000 keluarga terkesan akibat banjir kali ini yang mengorbankan 20 nyawa dan memusnahkan ribuan hektar tanaman padi dan hasil pertaniaan dan ribuan binatang ternakan turut menjadi mangsa.

Ratusan tempat2 ibadah termasuk masjid musnah dan kemudahan awam yang lain.

Bantuan DANA Misi Kemanusiaan Banjir Nakhon Selatan Thai ini boleh terus disalurkan ke akaun MAYBANK 553038585368
i Relief and Humanitarian Outreach

Barangan keperluan terdesak ialah :
1. Makanan siap dimakan
2. HygieneKit (barangan keperluan keluarga)
3. Kanvas
4. Keperluan bayi dan OKU
5. Air bersih

Sila hubungi sekretariat dan PIC Misi Bantuan di talian : +06017 973 3650 (Ustzh NurAmni)

http://www.wasap.my/+60182621315/sumbanganIREACH