Bantuan Peduli Covid19

Kota Bharu (11 Apr 2020) – Alhamdulillah More Rohingya benefiaciaries moga Allah selayaknya membalas kemurahan rakyat Malaysia dan Kelantan kerana menyantuni warga muhajirin ini. Walaupun Malaysia menerima musibah khususnya Kelantan namun kita masih meraikan golongan stateless yang memegang kad UNHCR dari Myanmar.

NGO Tumpu Sanitasi Masjidil Aqsa

Yusmizal Dolah Alingyusmizal@hmetro.com.my

KETIKA seluruh dunia mengisytiharkan perang terhadap wabak Covid-19, rakyat Palestin khususnya di Gaza yang sebelum ini dikepung tentera zionis kini bertungkus lumus membantu kerja sanitasi awam di Kompleks Masjidil Aqsa.

Dalam keadaan serba kekurangan, mereka tetap berusaha memastikan proses nyah cemar dibuat sebaik mungkin bagi memastikan tempat ketiga suci bagi umat Islam itu bebas daripada wabak maut berkenaan.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana menyeru masyarakat antarabangsa menghulurkan bantuan kepada dua juta orang rakyat Gaza yang terkepung sejak sekian lama.

Pengarah IReach Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Johan Ariff Ismail berkata, rayuan itu diterima sejak beberapa hari lalu ketika hospital di Gaza mula menerima pesakit Covid-19.

“Kemudahan bekalan dan gangguan bekalan elektrik di hospital di Gaza turut memberi kesan yang kronik kepada doktor dan pesakit di hospital di Gaza.

“Jabatan Awqaf Masjidil Aqsa dibantu badan bukan kerajaan kini giat membersihkan kawasan sekitar kompleks yang lengang akibat perintah berkurung.

“Sayu melihat bagaimana kompleks berkenaan lengang dengan petugas melakukan sanitasi awam di masjid di dalam Kompleks Al-Aqsa,” katanya kepada Harian Metro.

Johan Ariff berkata, hanya ada dua katil di Unit Rawatan Rapi di Hospital Gaza bagi nisbah 100,000 penduduk dan situasi itu begitu membimbangkan.

Katanya, NGO di sana mengharapkan pintu sempadan Rafah dibuka bagi memudahkan bantuan kemanusiaan dan perubatan dapat sampai kepada pesakit di Gaza.

“Kawalan keselamatan dan pemeriksaan antara Gaza ke hospital di Aqsa juga perlu dibuka untuk pesakit dari Gaza menerima rawatan di Jerusalem.

“Rakan gabungan di sana juga memaklumkan seramai lebih 25,000 penduduk memohon keluar mendapatkan rawatan di hospital dan ia sudah tentu memberi risiko yang besar kepada umat Islam jika mereka tidak dirawat dengan baik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, situasi sama juga berlaku di beberapa kem pelarian di seluruh dunia terutamanya Syria dan Rohingya yang sebelum ini hanya mengharapkan bantuan antarabangsa semata-mata.

Kredit
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/564494/ngo-tumpu-sanitasi-masjidil-aqsa

Bantuan Pelajar di Mesir

Mesir (9 Apr 2020) – Pelajar pelajar Malaysia di Mesir terus disantuni sempena LOCKDOWN Covid19 semoga sumbangan Rakyat Malaysia terus sampai kepada Allah terus menerus dan hanya Allah yang layak menggandakan ganjaran kepada para penyumbang di Malaysia.