Wakaf & Infaq Telaga Tiub 2017

Project Summary

Projek Wakaf & Infaq telaga tiub di Myanmar dan Bangladesh adalah inisiatif dari pihak iReach MAPIM bertujuan untuk meringankan beban Etnik Rohingya di Myanmar dalam mencari sumber air bersih bagi menjalankan aktiviti seharian.

Dana yang disalurkan untuk projek ini akan digunakan untuk proses penggalian, pembinaan dan penyelenggaraan telaga tiub di kawasan yang ditetapkan.

1000 unit telaga tiub disasarkan dibina untuk mereka.

Mengapa Telaga Tiub?

Air adalah sumber utama untuk kehidupan dan air yang bersih adalah paling penting untuk kesihatan.

  • Untuk menyalurkan sumber air bersih untuk Etnik Rohingya untuk di minum & menyucikan diri.
  • Halangan dan sekatan dari pihak berkuasa Myanmar menyukarkan kehidupan Etnik Rohingya.
  • Air yang bersih dapat mencegah dari dijangkiti penyakit bawaan air terutama kepada kanak-kanak & warga tua.